Lawatan dari USM

Saturday, November 29, 2008


Minggu ni gallery batik aku telah dilawati oleh segerombolan student farmasi USM yg dtg dgn sebiji bas pink USM. Inilah pertama kali rombongan lawatan teramai seperti mau pg makan kenduri(35 org itam). tp takpa..aku tetap menyambut dengan hati yg terbuka dan muka yg berseri..bak kata pepatah..kecik tapak tangan, besar tapak kaki bigfoot aku tadahkan(harap2 betul la). dan semua warga batik nusantara turut melayan tetamu sebaik mungkin.. mereka yg datang dihidangkan dgn sebotol air mineral cap tesco setiap sorang dan dibenarkan mencuba utk mengaler batik..nanti dah siap kami pos ye abg2 USM. dan yg paling dihargai apabila mereka memberikan cenderahati kepada pihak galeri..sebiji mug yg tertera tulisan USM..sgt berterima kasih walaupun bukanlah pemberian cenderamata berupa tiket pelancongan ke bali selama 3 ari 2 malam...hehe.

Read more...

jadual harian aku

Tuesday, November 25, 2008


Setelah beberapa bulan aku pandai mewarna batik..aku da jarang melepak dalam bilik aku. kalau tak aku dok surf internet je memanjang. mesti bilik aku dah rindu kat aku ni..hehe.

jadual harian aku pun dah berubah..almaklum la..dah jadi org pakar.

aku rasa ni la jadual aku yg akan berjalan agak lama sebelum aku sendiri merombaknya..

PAGI
-aku bangun sembahyang subuh dulu
-pastu kalau ngantuk tido balik, kalau tak ngantuk pg jogging dgn along.
-balik brkfast pekena roti jala dulu..hehe
-baca paper(sebenarnye baca headline je)
-pg gallery(waktu akan berubah je sesuka ati)

TENGAHARI
- sembahyang zohor dulu
- mewarna batik bersama mereka2(jadi x ada yg nak curik tulang bila aku join skali)
- aku dah tak lunch(akibat dah semakin gemok). maka aku mewarna batik lagi.
- jumpa client (ni memang aku dgn abg aku je kena pergi).

Petang
- silikat kain dan jemur(aku rajin kan kan kan)
- kutip kain
- balik umah
- googling dan memantau property website ku.

inilah jadual aku yg berjalan dalam masa 2 bulan ni setelah aku pandai mewarna..

Read more...

My Imagination



hehe..ini la kalau korang nak tau gambar yg aku selalu tengok.. setiap hari sebelum tidok dan setiap pagi bangun tidok. gambar ni je la aku dok tgk. Hal ini adalah kerana aku dah print gambar2 ni dan aku lekat kat dinding depan katil aku. maka dgn itu aku akan tgk je memanjang. bila dah tido ini lah mimpi aku...hehe. agak melawakkan hingga membe aku igt aku org gila..

kalau tanya keta apa yg aku akan pakai dalam masa 5 bulan lagi dari sekarang maka aku akan jawab lamborghini lp650 kuning no plat kedah. diorang akan cakap aku ni mat jenin moden..hehe. itu baru tanya keta..belum tanya umah. kalau tanya umah dia akan cakap aku bapak mat jenin lak. kalau nak tau condo The Troika yg sebelah klcc tu, kat tingkat 7. blok A. bakal akan aku duduki. dekat sikit dgn ofis aku kat cyberjaya. aku nak beli merc cls kaler silver kat mama n abah aku..biar diorang heppy sikit.. sbb tu ada gambar keta tu kat atas..hehe. aku pun nak sebiji jet peribadi netjet yg sama warren buffet, dan sebiji yact.

so..sebagai maknusia yg kuat berimaginasi dan berfikir besar, aku akan buktikan pada semua.
"The future belongs to those who believe in the beauty of their dreams"

Read more...

KISAH JOGGING YG HEBAT

untuk pengetahuan korang..aku setiap pagi lepas je sembahyang subuh aku akan pergi berjogging dgn abg aku kat Club cinta sayang yg tak jauh dari umah aku. aku ni jogging selalu tapi tak gak kurus(makan x igt dunia)..hehe

tapi itu tak penting..yang penting adalah apa yang aku lalui dengan abg aku ketika berjogging. aku dengan abg aku suka jogging kat situ sbb ada rumah besar2 dan cantik2..kereta pun jgn cakap la..besar2 ooo...cmfirm jutawan punya.

kami tak akan terlepas pandang satu pun umah sepanjang kami berjongging.. dan mcm biasa la..minda separa sedar aku ni kuat berimaginasi..aku pun pasti akan dapat rumah dan kereta2 mcm tu..aku akan menetapkan target dan mula bertukar tukar pandangan dgn abg aku..tentang kereta apa yg dia nak dan rumah yg mcm mana.. ini adalah perkara selalu yg kami bualkan..memang amat2 selalu.pantang bersama kami akan sembang tentang kekayaan dan kejayaan. mind set jutawan adalah sgt penting..

dan aku pasti penduduk2 dan rumah2 di club itu sedang menanti jiran dan ahli baru di situ..rumah aku la tu..dah pilih dah..dekat dgn tasik..so natikan kebenarannya.

Read more...

Kembang Kempis



hehe..memang kembang kempis la hidung shima kalau dia tau aku letak pic dia kat blog aku ni. tapi takpa..hidung aku pun sering kali kembang kempis apabila melihat kejayaan diorang ni. tahniah shima..dia punya final project dapat diantara yang terbaik di institut kraf.. yang sha punya interior aku tak sempat ambik gambar..serius cantik..siap pamir depan2 lagi..

tapi takpa...yg penting korang memang hebat..mcm aku gak. sgt2 hebat..hahahahaha

Read more...

KELETIHAN MELANDA

Saturday, November 22, 2008


Aku baru balik dari kl..so sorry la kalau lama x update blog aku ni..hehe. aku pi kl sebab menghadiri kovokasyen(btl ke aku eja ni) shima dan sha kat IKN(institut Kraf Negara). Diorang dah jemput jadi sebagai bos yg penyayang lagi comel(sambil mengangkat bakul) aku pun pegi la dengan abg ku.


Tahniah la kepada mereka berdua ni yg berjaya gak menamatkan pengajian dgn keputusan yg cemerlang..tambahan lak diorang adalah my best designer. best gak tgk student konvo ni. Almaklumla aku ni x pnh berkonvo. Tambah2 abang aku. sedia maklumla..kamikan org keciciran University..


aku pg 3 hari je..tak boleh lama2. nanti kerja kat sini akan terbengkalai. lari lak semua customer aku tu.. lagi pun kena siap2 nak pergi langkawi bulan depan. ada pameran kraf. kami dijemput. Adoi..bertambah tambah la penuh jadual aku nih..hehe.

sekian,

Read more...

Batik Malaysia Tawan Cita Rasa Warga Washington

Saturday, November 15, 2008

WASHINGTON, 15 Nov (Bernama) -- Keindahan dan keunikan pakaian batik Malaysia hasil ciptaan pereka fesyen terkenal yang digayakan oleh sekumpulan model pada pertunjukan koleksi Pakaian Batik Musim Bunga dan Musim Panas 2009 di sini, memikat hati kebanyakan warga Washington.

Pertunjukan anjuran Kedutaan Malaysia pada Khamis malam itu, menampilkan corak rekaan kontemporari dan ranggi.

Kedutaan Malaysia di sini bertukar peranan sebagai sebuah gedung fesyen selama 30 minit di mana pengunjung yang penuh sesak mengambil kesempatan untuk menghayati keunikan kaftan batik beraneka warna dan corak ciptaan Innai Batik; batik Sarawak dan seni Pua keluaran Anggun; serta corak kontemporari dan inovatif hasil karya Nazleen Noor.

Berpuluh jurufoto yang memenuhi bahagian belakang Dewan Tun Hussein, tidak putus-putus merakam aksi model yang menggayakan koleksi pakaian itu.

Malam persembahan budaya dan kesenian Malaysia itu bermula dengan pameran pelbagai hasil kesenian Malaysia yang menampilkan karya seniman terkenal Malaysia yang menjadi koleksi kedutaan berkenaan sejak lebih 50 tahun lepas.

Pameran bertajuk "Art Treasures from the Embassy" itu, yang dianjurkan bersama oleh Kedutaan Malaysia, Persatuan Asia dan Persatuan Malaysia Amerika, mengisahkan tentang sejarah dan pengalaman yang dilalui oleh rakyat Malaysia sejak negara mereka hanya dikenali sebagai pengeluar getah asli dan bijih timah, hinggalah zaman sekarang.

Kuasa Usaha Ilango Karuppannan berkata bidang kesenian dipilih sebagai tema bagi mempamerkan kebudayaan dan warisan Malaysia kerana "seni adalah jendela untuk mengenali jiwa sesebuah masyarakat."

Katanya hasil seni dan artifak itu mampu menceritakan tentang ciri-ciri Malaysia yang bersifat pelbagai etnik, pelbagai budaya dan pelbagai agama, yang mencerminkan dengan jelas kekayaan ciri-ciri budaya Asia.

-BERNAMA

Read more...

photoshot

Thursday, November 13, 2008



adoi..ari ni ada photoshot dgn berita harian dan NSTP..aku boleh lupa lak.. nak kata aku nyayuk..belum tua lg.. agaknye ni penyakit org hensem kot..hehe(masuk bakul angkat sendiri2 ma..)
dah la tak siap pakai hensem2.. ni yang tak best ni...

lantak la..yg penting gambar aku tak banyak..biar dia tangkap gmabar gallery aku dah..
kalau hensem sgt nanti byk peminat lak..hehe.



Read more...

my happy day!!

ha..hari ni aku dah belajar mencanting dgn sya..
wah..bukan main garang lg dia mengajar aku..masam je muka(budget cikgu sekolah).

akan tetapi aku yg hebat lg cekap ni dan berbekalkan ilmu tahap 9 biji anggur kelabu yg telah aku pelajari di sekolah memandu aku dulu membuatkan aku berjaya mengluluskan diri dalam seni mencanting. tapi asas je la..hehe.

apa2 pun aku tetap happy. yeay!!!.

Read more...

Our new Family



selamat datang kepada keluarga baru batik nusantara.. so sekarang si sya dgn syima dah ramai geng la.. dah mcm geng bas kilang lak..

ramai2 ni best..dapat aku selalu curik tulang..haha(kan bos boleh curi tulang).
tapi memang aku suka sup tulang pun..sedap oooo...
tambah2 sup tulang bg.mat jam besar...rasa sekali nak berjuta juta lemon kali..hehe.
alamak..kan dah masuk cerita sup lak.. terus rasa lapor..nak pg makan jap.

Read more...

hari2 aku yang dimarahi

Wednesday, November 12, 2008


haha..tajuk kali ni macam sedih jek. Memang sedih pun..sampai aku tak lalu makan nasi ayam.. pi pekena KFC dinner plate je dgn potato wedges..hihi.

ari ni di bengkel batik aku.. aku tolong la shima(shimama dogeng) mengaler kain 4 meter utk tempahan sekolah.. wah..mula2 memang aku mcm pakar..semua berjalan lancar... cantik oooo....
sampai aku sendiri teruja dengan kehebatan diriku ini.. tetapi ketika aku sedang asyik mengaler(ketika ni shima dah tinggalkan aku kaler sorang2)...satu kejadian yg aneh telah berlaku..lebih aneh dari superman yg memakai spender makcik dia kat luar..alangkah terkejutnya aku.....tidak!!!! jeng jeng jeng jeng...(background suspend cita bujang lapok)
aku tertitik kaler kat luar motif. kemudian tanpa berfikir pjg lebar aku pun mengambil tindakan mencover line dgn mengaler semula atas tompokan itu utk menutup cela..aku igt aku dpt setelkan dan blh bergaya mcm siti dlm iklan maybeline.."lihat tiada lg cela"..akan tetapi tindakan aku tu x ubah mcm cita mr.bean the muvi.. lg terok jd nya..dah rosak kain dah..mampos aku.

hati aku dah berdebar debar..harap2 aku hanya bermimpi..tp ini bukan mimpi disiang ari..adush.
tiba2 shima dengan tangannya yg berlumuran kaler merah(ala2 texas chainsaw massacre) terus datang..dia memandang kain yg aku kaler dan terus memandang aku dgn mata sepetnya itu..lantas dia menjerit "FAIZZZZZZZZZZZ!!!!!" dan dia terus membebel dlm loghat kelantannya "#$@%#^*&"..ini aku x faham..so x payah la cita..tapi faham2 la..bila pmpuan marah amat pjg sekali beliau membebel..hahaha.
tapi aku x kisah..aku suka je..sbb bukan senang nak kena marah dgn pekeja sendiri..lg pun aku suka bergurau dgn diorang..hehe.

kan aku dah kena marah..padan muka aku yg hensem ni..adoii..nasib badan.

Read more...

aku yang bukan pekerja

Jika anda seperti org lain dan dibesarkan dari kecil serta ditanam dengan pemikiran bahawa “kita perlu bekerja keras untuk duit”. Tunggu!Biar saya terangkan satu perkara.

Ya,saya juga bersetuju bekerja keras adalah penting,tetapi ia sahaja tidak akan menjadikan anda kaya raya.Macam mana saya tahu?lihatlah sahaja disekeliling anda,terdapat berjuta,oh tidak mggkin billion org yg menjadi seperti hamba,bekerja keras siang dan malam.saya ingin tanya anda satu soalan,adakah mereka kaya?saya berani jawab tidak sama sekali.Malah hampir kesemua mereka kesempitan wang malah mendekati tahap kemiskinan.Dengan kata lain siapakah yg anda selalu lihat sedang lepak di country club,bermain golf pada petang hari,bermain tennis atau sering becuti dengan keluarga? Orang Kaya! ya saya sedang perkatakan tentang mereka.


Saya amat pasti samada dari pengalaman anda mahupun saya,kita mesti bekerja keras untuk mendapatkan wang. Bagi semua org kaya kedaan itu hanyalah untuk sementara. Untuk orang yg sederhana atau miskin ia adalah suatu keadaan yg tetap dan perlu untuk ditempuhi sehingga ke hari tua.Bagi org2 kaya mereka hanya perlu bekerja keras sehinggalah suatu masa dimana duit mampu untuk bekerja untuk mereka secara tidak langsung menggantikan tempat mereka.Mereka faham bahawa,lagi kuat duit bekerja untuk anda,lagi sedikit masa untuk anda bekerja.


Jadi,bak kata prof Izzi,fikir-fikirkan selamat beramal

Read more...

Hari2 aku yang hebat

Tuesday, November 11, 2008

hehe..tajuk ni agak gempak.. tp sebenarnya tak la segempak mana..huhu
nak kongsi cerita aku di hari2 yang sgt hebat..

6 bulan yang lepas sebelum hari ni aku hanya lah seorang remaja biasa, biasa maksud aku macam korang semua la..pelajar kolej yg setiap hari kena pg kelas yg membosankan dan belajar benda yg aku satu pun tak faham..kalau faham pun gerenti benda tu tak keluar exam..sebab benda senang tahap gaban la tu. aku pun malas dah nak faham. nanti aku jadi tak betul korang hantar aku pg tanjung durian lak.

tapi hari ni aku adalah seorang pemilik sebuah syarikat batik. agak pelik..bukan korang je pelik.aku lg la pelik. sepanjang hidup aku di muka bumi ni tak penah langsung aku tau cara buat batik, pakai batik pun jarang(almaklumla, not my taste..hehe). yg aku dok mengadap sepanjang aku belajar adalah engineering(walaupun aku belum mahir nak eja perkataan ni betul2..hantam). dari sekolah sampai la kolej.. kat kolej aku belajar telecomunication eng..apa kaitan batik dan telekomunikasi???
sungguh ajaib.. batik + telekomunikasi = ???.

akan tetapi ini la hakikatnya..aku sekarang dah memiliki satu galeri batik..aku dgn abg aku dan beberapa org pekeja yg dok menguruskan sekarang..agak best gak..walaupun aku agak langsung tak mahir dalam seni..hahaha.

kalau nak tau hari ni aku dah buat 2 design blause aku sendiri. dengan mengunakan tangan yg hebat ini aku sendiri yang mewarna. satu kaler kuning hitam, satu lagi kaler warna warni..hebat kan aku ni..hahaha(sambil membetulkan seluar)

Read more...

My First Story

Monday, November 10, 2008

Huwarghh. Iskk, akhirnya dpt gak aku membuat sendiri blog aku nih.. ni pun sebab saja boring2 malam. aku ni asyik tidok lewat..dok melayan social web la..friendster,facebook semua.. tp mlm ni 1 comment pun aku tak dapat.. pastu nak buat mcm mana.. tak kan nak tidok awal.. oleh yang demikian aku pun mengambil keputusan utk mengikuti jejak langkah membe2 aku dan abah aku yg suka berblogging(almaklumla..anak bapak).. maka terhasillah blog nih.. tp yg masalahnya aku x pandai nak mengarang ayat sebab aku karangan masa sekolah dulu dapat C- je sikit lg nak F(sekarang tgh membantai ayat2 sesedap rasa). tapi cikgu sekolah memandu aku cakap tak pandai pun boleh jadi cikgu gak(contohnye beliau)

tapi ada masalah sikit..sebab aku nak register nama ahmadfaiz.blogspot.com. tapi tak available lak..kusut betol..tak kan nak tarok ahmad.faiz.blogspot.com.
Betapa tak indah dari segi visual kulihat. Tak ke buruk ada dot dot dot tu. Iskk. Tak puas hati seh, dahlah tak boleh nak buat yang lain. Hampeh.

Oleh kerana itu, aku pon buatlah yang baru guna email yang baru guna username yang baru iaitu, seperti nama blog ini faizmazlan.blogspot.com. ha kan dah ada nama abah aku sekali kat situ. tapi takpa..sekurang kurangnya glamor gak abah aku tu nanti. dan baru orang tau anak sapa..hahaha.

ni la cerita disebalik tabir..selamat mengikuti blog aku yg bakal merapu sehingga korang tak faham sampai tertonggeng(ni aku gerenti)

Yang merapu meraban,
ahmad faiz mazlan

Read more...

my property site

encik faiz punya lagu


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

my batik site


Faizmazlan blog publish frequently updated works

  © Blogger template Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP