Batik Malaysia Tawan Cita Rasa Warga Washington

Saturday, November 15, 2008

WASHINGTON, 15 Nov (Bernama) -- Keindahan dan keunikan pakaian batik Malaysia hasil ciptaan pereka fesyen terkenal yang digayakan oleh sekumpulan model pada pertunjukan koleksi Pakaian Batik Musim Bunga dan Musim Panas 2009 di sini, memikat hati kebanyakan warga Washington.

Pertunjukan anjuran Kedutaan Malaysia pada Khamis malam itu, menampilkan corak rekaan kontemporari dan ranggi.

Kedutaan Malaysia di sini bertukar peranan sebagai sebuah gedung fesyen selama 30 minit di mana pengunjung yang penuh sesak mengambil kesempatan untuk menghayati keunikan kaftan batik beraneka warna dan corak ciptaan Innai Batik; batik Sarawak dan seni Pua keluaran Anggun; serta corak kontemporari dan inovatif hasil karya Nazleen Noor.

Berpuluh jurufoto yang memenuhi bahagian belakang Dewan Tun Hussein, tidak putus-putus merakam aksi model yang menggayakan koleksi pakaian itu.

Malam persembahan budaya dan kesenian Malaysia itu bermula dengan pameran pelbagai hasil kesenian Malaysia yang menampilkan karya seniman terkenal Malaysia yang menjadi koleksi kedutaan berkenaan sejak lebih 50 tahun lepas.

Pameran bertajuk "Art Treasures from the Embassy" itu, yang dianjurkan bersama oleh Kedutaan Malaysia, Persatuan Asia dan Persatuan Malaysia Amerika, mengisahkan tentang sejarah dan pengalaman yang dilalui oleh rakyat Malaysia sejak negara mereka hanya dikenali sebagai pengeluar getah asli dan bijih timah, hinggalah zaman sekarang.

Kuasa Usaha Ilango Karuppannan berkata bidang kesenian dipilih sebagai tema bagi mempamerkan kebudayaan dan warisan Malaysia kerana "seni adalah jendela untuk mengenali jiwa sesebuah masyarakat."

Katanya hasil seni dan artifak itu mampu menceritakan tentang ciri-ciri Malaysia yang bersifat pelbagai etnik, pelbagai budaya dan pelbagai agama, yang mencerminkan dengan jelas kekayaan ciri-ciri budaya Asia.

-BERNAMA

my property site

encik faiz punya lagu


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

my batik site


Faizmazlan blog publish frequently updated works

  © Blogger template Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP