1 malam di pasar malam (episod 2)
Tuesday, April 21, 2009
Mlm td ketika pasar mlm sedang berlangsung..aku pun berkunjung la ke psr mlm.. mcm biasa..nak beli brg2 yg mama aku suh beli seperti yg tercatit di list ketas A4 garis2 biru yg aku koyak dari buku sekolah adik aku yg darjah 3 plk. mlm ni aku bertemankan abg aku..
aku masih belum mencapai hasratku utk mempunyai girlfren dn menunjuk pada diorang yg berlagak tu (sila rujuk episod 1)...huh. terasa diri amat lemah..kerana seminggu berlalu dgn sia2 je. cis!!igt psr mlm tempat cari jodoh ke...adoyai....
kali ni aku memang tekad x nak pandang kiri kanan..sbb x nak terpandang gurlfren org lg..nanti mesti balak die akan perasan dan bangga thp sebelas biji epal jingga bila aku pndang gurlfren dia. x hingin aku. jd aku jln menunduk je mcm seorang lelaki yg kematian bini no 3..
semua berjalan lancar..aku beli sayur,ikan kembung dn nasi ayam bt isi perot mlm ni. aku rasa dahaga lak..wah terliur aku tgk air tebu yg makcik tu jual..sepantas beca yg dipasang turbo aku pg membelinya.. tiba2..jeng jeng jeng!!(lagu latar ala2 filem gitu)..aku terlanggar seorang gadis..dia pandang aku. muka marah giler.... "BUTA KE!!! JALAN TAK NAMPAK ORG" kata beliau padaku.. aku pun agak cuak disitu...
pastu aku pun ckp la "SORI CIK, SY TAK SENGAJA, ADA LUKA KAT MANA2 KE?".. dia bengang je pastu cakap "DAH LA..LAIN KALI JALAN PANDANG DEPAN BUKAN TUTP MATA"...memang muka aku dah merah la sbb malu tahap dewa 19. huh. pastu dia pun belah mcm tu je.. aku pun berlalu dgn perasaan yg sedih dn malu..air tebu pun lupa nak beli. huh