1 malam di pasar malam
Monday, April 20, 2009
mlm td ketika pasar malam sedang berlangsung.. maka aku pg la berkunjung ke pasar mlm utk membeli bahan2 masakan seperti yg tertulis di dalam list ketas A4 garis2 biru yg aku koyak dari buku sekolah adik aku..
sedang aku berjalan dan memerhatikan kiri kanan utk mencari juadah yg menarik dgn air liur yg meleleh akibat kelaparan tahap 14 biji anggur jingga..tiba2 mata ku terlihat kelibat seorang gadis yg sgt seksi dan kecomelan dia mencapai tahap chibi maruko..mata ku terhenti pada beliau dlm beberapa ketika. akan tetapi seorang lelaki yg bergelar teman lelaki atau dlm bahasa omputihnya boypren kepada beliau gadis tersebut memandang aku dgn senyuman jht..
didalam hatinya bangga kerana aku memandang girlprennya yg comel dan seksi itu sbb aku tidak mempunyai teman wanita. aku hanya bersama adik lelaki aku yg dari td nak beli jam ben10.. aku dah la x cukup duit. aku pun melarikan pandangan mataku secepat kilat yg dipasang turbo utk menghentikan perasaan bangga lelaki tersebut kerana mempunyai awek secomel itu.. "cis..lelaki tu dah rasa best lak sbb aku pandang awek dia..dia bangga la tu"(kataku di dalam hati kecil lg halus ini). aku balik ke rumah dgn penuh perasaan tension....
''Arrrggggghhhhhh...aku pastikan akan ada awek jgk lepas ni!! pasti!!!!" (kataku pada diriku ini dgn penuh kesungguhan)